Salam sejahtera semua kawan-kawan..
Pagi-pagi saya dah update blog sebab nak ambik mood. Maklumlah semalam dah cuti.. nak mula kerja balik kena lah ambik mood hahah... alasan. Oh ye... saya nak sambung cerita berkaitan jalan-jalan ke singapura. Perjalanan dari Johor Bahru ke singapura tidak lah mengambil masa yang lama. Cumanya terpaksa buat pemeriksaan pasport di imigration dan juga kastam. Dah lah ramai sangat-sangat orang yang keluar masuk dari singapura. Nasib baik banyak kaunter. Nak beratur tu tosah cakap lah.. punya lah panjang.
Kawan-kawan nak tau.. cara kerja kita di malaysia dan di Singapura sangat berbeza. Di Singapura.. semua pekerja di mestikan senyum. Kalau terdapat aduan kerana tidak senyum Anda akan di denda. So, Suka atau tidak, terpaksa atau tidak kena SENYUM. Kalau kat malaysia ni tak senyum kena denda, ramai lah yang kena denda nampaknya. Hihi.. ni tourist guide yang bagi tau. Lagi satu kalau kat kastam singapura suasana kerja adalah secara senyap. Jadi orang yang beratur juga senyap. walaupun ramai orang tapi senyap je..
First place kat singapura yang kami singgah ialah Orchard Road. Memang best kat kawasan ni.. Kalau berjalan tu perasan macam kat New York. hahah..Yang pastinya kalau nak cari barang branded kat sini lah tempatnya.. Memang original. Perfume pun banyak.. saya kira murah dan original. Nasib baik je.. tukar duit sikit. Tu yang berkira-kira nak shoping. Masa yang diberi cuma 1 jam sahaja. Jadi kami pun tak lah jalan jauh-jauh sangat. Sebab takut sesat. kikiki...
 |
| USS... Universal Studio |
 |
ni kat Orchard Road
|
 |
Sentosa Island..
|
Seterusnya, kami pergi makan tengahari di Kampung Glam Cafe. Kat sini.. kena beratur untuk dapatkan makanan. Ayah mertua saya kata cafe ni dah lama. Sejak ayah saya kerja di Singapura lagi dan sampai sekarang cafe ni masih lagi beroperasi. Hidangan di sini lebih kurang sama saja dengan tempat kita. Mungkin ni satu-satunya kedai yang paling glamer tu yang ramai orang tu..
 |
Glam Cafe... Nasib beriani dia Best.
|
 |
| Masjid Sultan... |
Lepas makan kami jalan-jalan di sekitar situ. Berdekatan Glam cafe terdapat Masjid Sultan. Di bawah kubah Masjid ini diperbuat daripada botol-botol kaca. Jumlahnya saya tak pasti berapa. Cantik sangat masjid ni. Tersentuh hati.. saya rasa ni lah satu-satunya masjid yang menjadi sejarah orang melayu di singapura. Belakang sikit daripada Masjid Sultan ada Istana Kampung Gelam. Tapi cuma tinggal tapak je la.. Monumen sejarah Istana Kampung Gelam di abadikan dalam Muzium je. sayu hati... bila dikenangkan kampung-kampung melayu semuanya dah tak ada. Hanya tinggal kenagan sahaja. Sekolah cina banyak. Sekolah Inggeris banyak. Sekolah Melayu ? Tak ada... Sekolah arab je ada. Jangan lah Malaysia sampai jadi macam singapura. Kesian anak cucu kita..
 |
| Ni Area Istana Kampung Glam.. |
Kemudian kami ke Mustaffa centre.. kalau kat sini macam mydin gitu.. takde beli apa.. cuma tengok2 je.. sebabnya takde apa yang menarik untuk di beli. hehe.. kat sini cuma 20 minit je. Tapi saya ngan intan yang paling last naik bas. Hahah... nasib baik tak kena tinggal. Lepas tu, kami ke pulau sentosa..Kat sini la terletaknya universal studio. bukan tu je.. ada casino. Kalau tengok suasananya lebih kurang macam di genting highlands. sebelum tu ke Merlion tanggap gambar bersama mak dan anak singa. Kat sentosa pulak bergambar dengan Bapak singa. huhu..
 |
| bersama Mak singa.. MERLION. |
 |
| bersama... Bapak singa hihi... PULAU SENTOSA |
 |
cute tak anak singa ni... Di SENTOSA juga..
|
Memang banyak tempat menarik di singapura. Banyak juga peraturan yang telah menjadikan singapura Is A FINE city tapi Negara saya lebih best in the World. hihi..:)