MAKLUMAN

23 Ogos, 2010

Tip Perbelanjaan Berhemah

Sedar tak sedar dah hampir dua minggu kita menyambut Ramadhan. Tak lama lagi nak menyambut Aidilfitri la pulak kan. Tentu seronok nak menghias rumah, nak berbaju cantik dan baru,nak beli perabot baru dan macam-macam lagi la. Woo..banyak bajet nak kira tu. Yang bertambah-tambah sibuknya tentulah ibu-ibu senang kata orng perempuan la ye. Kalau orang lelaki ini jarang la ada yang menyibukkan diri sangat untuk menyambut hari raya ni. Nak berbelanja sakan ni bukannya tak boleh, boleh.. tapi kena la tengok bajetnya jugak. Tapi, jangan sampai lepas raya hutang melambak-lambak pulak. Dah.. pening nak cari duit untuk bayar hutang. Masa tu baru la penyesalan pun datang tak sudah-sudah. Kononya tak mau nak beraya sakan lagi tahun depan. sebenarnya kita tak perlu untuk bertukar langsir atau perabot pada setiap kali Aidilfitri menjelma. Apa yang penting kita hanya perlu menjadi kreatif untuk menghias rumah dengan apa yang dah ada. Jadi, saya nak kongsikan tip-tip yang boleh digunapakai oleh anda-anda yang kat luar sana tu bagi mengelakkan pembaziran dalam berbelanja atau dengan kata lainya Perbelanjaan Behemah.





  1. Rancang barang-barang dan senaraikannya sebelum keluar dari rumah untuk berbelanja. Jangan lupa untuk membawa senarai barangan tersebut dan hanya membeli barangan yang terdapat disenarai sahaja. Jangan ngengada untuk gatal mata cari barang yang lain dari senarai ok!. Cuba patuh dan disiplikan diri ye.


  2. Berbelanja dengan menggunakan wang tunai sahaja dan jangan bawa wang tunai berlebih-lebihan kerana dikhuatiri akan membeli barang-barang yang melamapaui senarai. Kad kredit tidak dibenarkan sama sekali dibawa bersama ok. Nanti mula la nak gatal beli yang bukan-bukan je.


  3. Elakkan dari membawa anak-anak kerana kehadiran mereka boleh mendorong kita membeli barang yang tidak sepatutnya. Mana la tau tetiba anak nak mainan ke, nak baju yang dia berkenan ke walhal kat senarai barang tu takde pun tu semua. Adoi! pening la mak dia.


  4. Kalau nak beli barabg yang diluar daripada perancangan, berhenti seketika dan berikan masa untuk berfikir sama ada barang tersebut benar-benar perlu atau tidak. Jangan terus membeli tanpa berfikir. Atau sebaiknya fikirkannya dirumah. Sekiranya barangan tersebut benar-benar diperlukan boleh la dapatkannya.


  5. Biasanya belian secara pukal adalah lebih menjimatkan kerana harganya lebih murah berbanding membeli secara sedikit-sedikit. Beli sekali banyak ni bukannya apa boleh buat stok untuk bulan depan ke atau kalau dia tahan sampai tahun depan pun bagus juga kan. Tapi kena la tengok kesesuain barang ye. Kalau sayur-sayuran tak boleh la beli secara pukal sebab ianya tak tahan lama dan mudah rosak.


  6. Bekas makanan lama jangan dibuang. Ianya masih boleh digunakan lagi untuk menyimpan barang-barang kecil. Boleh la kita cat ke bekas tu ataupun balutkan dengan kertas berwana atau bercorak yang kita suka.


  7. Kertas dan kadbod lama sangat sesuai digunkan untuk melapik ataupun boleh juga di buat tempat menyimpan alat permainan anak-anak. Kertas-kertas yang telah digunakan pula boleh dijadikan sebagai kertas conteng untuk anak-anak. Jadi tak perlu la nak beli buku semata-mata untuk anak-anak menyonteng ye. Kalau dah guna kedua-dua muka kertas jangan lupa kitar semula. Boleh membantu menjaga alam sekitar juga.


  8. Baju-baju lama yang tidak boleh di pakai lagi boleh la dijadikan alas meja ataupun sarung bantal ke. Cuma perlu kreatif sahaja kan untuk membelbagai kan bahan-bahan terpakai. Tak pun boleh juga dijadikan perca untuk dijadikan alas kaki. Memang sesuai...


  9. Susun atur semula perabot kerana ia dapat mencetuskan suasana baru di ruang tersebut. Langsir juga boleh diperbagaikan dengan cara menukarkan langsir dibilik ke ruang tamu dan langsir di ruang tamu di tukarkan ke bilik. Boleh Juga dengan cara mengasingkan scallop dengan langsir. So, boleh la lakukan suai padan warna. Contohnya seperti scallop warna krim boleh dipadankan dengan langsir berwarna maroon. Atau boleh juga dipadankan dengan warna gold.


  10. Kalau ada kayu-kayu lama boleh la ubahkannya menjadi bekas letak bunga ataupun kotak menyimpan majalah atau apa-apa sahaja yang difikirkan sesuai.


Saya harap tip-tip di atas dapat membantu siapa-siapa yang memang berniat untuk melakukan perbelanjaan berhemah untuk mengelakkan dari pembaziran. Tak baik membazir. Membazir tu kawan syaitan ;)

Tiada ulasan: