MAKLUMAN

10 Mac, 2011

Pergi menunaikan Umrah

Bukan aku la yang pegi umrah. Ada ex bos aku ni nak pegi umrah. Mulanya bulan Disember 2010 dia nak pegi tapi visa tidak dikeluarkan kerana masa bulan disember kan baru lepas musim orang mengerjakan haji. Makanya kerajaan Arab Saudi menutup semua laluan ke mekah selama sebulan untuk tujuan pembersihan. Ye la kan ke ramai orang islam serata dunia datang menunaikan haji masa musim haji tu kan. Kalau dia tak tutup untuk sebulan tak boleh la derang nak selenggara kebersihan dan macam macam lagi.

So, bos aku.. ops! mantan bos aku tu nak berangkat 13 Mac ni. Tapi stat ari ni lagi dia dah cuti dah. Nak packing barang agaknya kot. Semalam kitorang buatkan sedikit majlis doa selamat untuk mantan bos aku ni. Kitorang siap cakap kat dia semoga En. XXXX selamat pergi dan kembali. Mudah mudahan En XXXX dipermudahkan mengerjakan umrah. Tengah-tengah bacaan doa dan doa diaminkan tiba-tiba dia menangis. Mungkin tersentuh dengan doa yang disampaikan untuknya. Ataupun dia tak sangka staf staf dia yang degil degil dan nakal ni yang selalu melawan cakap dia mendoakan dia.

Walau bagaimana pun, kitorang tetap meneruskan majlis bacaan doa selamat tersebut. Habis je baca doa aku dan kawan aku Intan terus cabut balik. Tak sanggup tengok muka mantan bos aku (sekarang jadi bos intan) menangis. Menangis sedih biasanya air mata merembes perlahan-lahan kan. Ni menangis sungguh sungguh ko. Aku dan kengkawan aku pun tak sangka dia boleh menangis macam tu sekali. Mungkin ada keinsafan disitu kot. Kitorang siap cakap lagi kitorang dah maafkan En XXXX  terhadap apa apa kesalahan En XXXX pada kitorang. Kitorang ni nampak je degil, nakal tapi kitorang baik baik tau. Tak penah berdendam dengan bos. Baik kan kitorang. Thee...

Di doakan semoga En XXXX selamat menunaikan umrah dan dipermudahkan urusannya. Jangan lupe belikan kitorang ole ole tau dari arab saudi ye En XXXX. Aku ni tah bila la dapat buat umrah. Kalau dapat pegi tunaikan haji sekali lagi bagus kan. Tapi kalau ada duit lebih boleh lah buat dua dua sekali. Mudah mudahan kita diberikan Allah kesempatan untuk menunaikan ibadah haji dan umrah yang Mabrur. InsyaAllah..

Tiada ulasan: