MAKLUMAN

26 September, 2011

Petua Hilangkan Cat Minyak Pada Pakaian

Minggu lepas, encik suami aku keluar jumpa kawan. Balik-balik je dia mengadu seluar dia terkena cat. Cat Minyak pulak tu. Adus! camane nak hilangkan nya. Dah lah seluar jeans Levi's Original pulak tu. Takkan nak buang pulak kan. Rugi la. Seluar pulak masih baru. So, aku search kat internet petua cara hilangkan cat tersebut. Kebanyakkan petua adalah dengan menggunakan minyak tanah ataupun dikenali dengan minyak gas. Kat rumah aku takde minyak gas. Yang ada minyak petrol je. Fikir-fikir boleh je la..

pakaian yg terkena cat..

Caranya ialah kita Bako je!!! theheh.. tak la. Ambik sedikit minyak petrol kemudian sapukan kepada kesan cat minyak tersebut. Pastu gosok-gosok sikit sampai kesan cat tersebut hilang. Lepas cat dah hilang bau minyak petrol pulak tertinggal. So rendam dengan air sabun lebih kurang 2 jam gitew. Pastu bilas berulang-ulang  sampai bau minyak petrol hilang. Selesai... selamat mencuba.

Tiada ulasan: