MAKLUMAN

12 Januari, 2016

Terpaksa Berpisah

Assalamualaikum..

 Tahun ni tasya dah naik darjah satu..kemain eksaited sangat dia nak sekolah darjah satu. Mungkin sebab dia tengok sekolah besar tak sama macam sekolah tadika.. Walhalnya dia belum mengerti suasananya akan berubah.. tak sama macam sekolah di tadika.

Selama dua tahun Tasya sekolah tadika.. Sekolah kemas  je.. Tak sempat nak daftar pra sekolah,, maklumlah bilangannya terhad.. Masa 5 tahun pun sekolah kemas juga tapi di kawasan kampung.. susananya juga berbeza dengan sekolah kemas di Bandar semasa  umur 6 tahun ni.

Masa nak tinggalkan sekolah Tadika 5 tahun aku takde la sedih sangat.. tapi bila nak tinggalkan tadika 6 tahun ni.. Ya Allah aku rasa tacing sangat.. aku rasa sedih sangat2.. eceh.. macam la aku yang sekolah tadika kan ekekekek... Tasya takde rasa apa pun mak dia je lelebih sedih hahaha.. Mana taknya.. aku ngan cikgu sangar rapat.. begitu juga dengan mak-mak yang lain.. tu yang terasa sangat bila anak nak tinggalkan sekolah tadika tu.. sebab lepas ni  dah tak dapat jumpa cikgu ida dan cikgu deja lagi.. Sebelum ni hari-hari jumpa kecuali taim cuti kan.. ehh.. terlupa plak dengan dua orang pembantu iaitu ida dan mak teh juga..

Masa kat sekolah 5 tahun aku tak berapa rapat sangat dengan cikgu.. sebab jarak sekolah ngan tempat keje jauh.. jadi aku cuma hantar je tasya gi sekolah.. Jemput balik sekolah atoknya yang ambik.. so tak berapa rapat sangat dengan cikgu cikgu kat situ begitu juga pembantu pembantu.. Masa 6 tahun ni memang hantar dan jemput adalah keje aku kan.. tu yang terlebih rapat tu.. lepas tu aku jadi Ajk sekolah tadika plak tu kan lagi la bertambah rapat.. dan lagi bila anak aku join Gerak rama peringkat parlimen dan seterusnya wakil daerah kota tinggi di hari potensi kanak-kanak tabika kemas.. Mana taknya.. mak mak selalu hantar dan ambik anak ke latihan gerak rama dalam sebulan latihan tu kan.. sebab tu kami rapat. Tu yang sedih bila n ak berpisah..walau terpaksa ku relakan cewah.. macam novel plak kan..


Tiada ulasan: