MAKLUMAN

07 Ogos, 2017

Sedikit Ujian Dari Allah


Assalamualaikum semua..
Minggu lepas aku ada merasakan sedikit ketidakselesaan semasa membuang air kecil.. hihi sopan sikit kan.. takde la rasa sakit sangat tapi ada la lite lite aje.. tapi rasa tak selesa la kan.. kalau setiap kali membuang rasa tidak selesa.. so aku nekad gi klinik dan bagi tau doc apa yang aku alami tu..
so doc kata kena ambik urine sebab nak pastikan apa yang terjadi kepada aku sebenarnya.. setelah dapat keputusan doc kata ada 2 perkara penting doc nak bagitau.. aduhai bedebar debar jantung aku.. so doc tunjukkan result urine aku.. doc kata dalam urine aku terdapat darah..pergh.. seram sejuk aku dibuatnya.. lagi doc kata ada batu karang.. huhu.. sedihnya tak sangka aku melalui semua ni..
doc kata jangan risau.. dia akan bagi ubat untuk pecahkan batu karang tersebut dan nasib baik batu karang tu masih kecik lagi.. 
Lepas tu aku search la macam-macam petua untuk pecahkan batu karang.. nasib la petua ni takde lah pelik pelik atau susah nak cari.. semuanya senang juga la nak jumpa kan.. antaranya minum jus apple hijau 4 hari berturut turut atau minum jus nanas yang dicampurkan sedikit air dan garam.. ada juga petua minum air lobak putih.. kalau setakat apple dengan nenas ok la gi la kot.. tapi kalau jus lobak putih tak tertelan aku nak minum.. kalau dimasak pastu makan ngan nasi boleh la.
sekarang aku sedang ambik ubat yang doc bagi..lepas abis ubat yang doc bagi ni baru aku nak try minum jus apple atau jus nenas tu.. katanya jus apple atau jus nenas ni dapat melembutkan batu karang yang terdiri dari kalsium yang telah membeku.. muda mudahan mujarab la petua petua tersebut dengan izin Allah... Aaamiin.
Aku memang sedar lately  aku suka sangat tahan nak kencing.. suka lambat-lambatkan nak membuang air tu kan.. ni la dia.. sepatutnya aku bersyukur Allah masih bagi aku rasa nikmat nak membuang air tu kan.. ni tak.. tahan-tahan pulak.. tu Allah uji bagi rasa tak selesa sikit taim kencing.. Memang aku janji ngan diri sendiri takmo dah tahan-tahan kencing lagi.. tobat ko.. 
Siapa yang ada tabiat macam aku ni lebih baik ubah sekarang.. jangan sampai jadi macam aku huhu.. ada batu karang.. seriau mak nak! Semoga aku cepat sembuh.. Aamiin..


x

Tiada ulasan: